Wednesday, July 11, 2012

panas baran


amboi garangnyaa..
aku rasa la time baby dulu aku lahir-lahir muka garang camni kot. hurmm..

Isnin lepas mak, adik and kakak mai putrajaya sebab nak meraikan si kakak aku yang dah berjaya tamat kpli dengan jayanya. alang-alang dah menapak kat situ, mereka skali la jumpa anak/kakak/adik mereka yang kunun-kunun cumil ni..awww..time tu plak aku elok de kat sunway piramid.
mmg tempat feberet si adik tu la yang suka jenjalan dalam mall.
keadaan time tu masih terkawal lagi..elok dok bergelak ketawa..
then tiba time nk solat, aku ngan mak pi solat dulu..si kakak Allah bagi cuti..hehe
so kami bagi beg masing-masing kat dia mintak tolong jaga.
abis je solat, keluar surau
aku: ehh mana dibah?? ish dah la henfon duit sume dalam beg. camna nak cari dia ni.(si adik tak tau dah pi mana). *tunggu luar surau 5min*
#time ni darah dah nek sampai dada#
then cari kat toilet, tak de..then pusing-pusing sampai burger king, tak de..#darah nek smpai hidung#
aku: mak jom la blik hotel, pinjam henpon kawan tepon dorang..tak kan nak pusing 1sunway ni?
mak: jom pegi surau blik, mana tau dorang cari kita kat situ.
tengah duduk-duduk sambil mulut membebel, datang si adik berlari-lari kat kitorang, otomatik darah nek sampai kepala. aku mengamuk cam orang gila kat dia. kalau orang tengok konfem kte aku gila.
adik bawak jumpa si kakak dok sedap melantak burger king..lagi kuat aku mengamuk kat dia. mana taknya orang dah pening kepala nak mencari dia, dia dengan muka selamber tak de rasa bersalah dok melantak. memang hangin satu badan la

hurmm bila pikir balik, Ya Allah malunya perangai macam ni. kesian kat diorang yang semangat datang jumpa aku, tapi aku sembur dorang plak. ishh

hadoi camne la nak hilangkan panas baran ni T_T

0 comments:

Post a Comment

komen