Wednesday, November 21, 2012

kad kawen

..assalamualaikum..
jom layan vid matlutfi90 ni jap!

ok, tanda-tanda cuti sekolah adalah bila kita dapat banyak sangat undangan kenduri kawen.
benda ni dah sinonim sangat dah sejak zaman dulu kala lagi. memang cuti sekolah lah masa pasangan yang  nak berumah tangga akan aim untuk melangsungkan majlis dorang.
yang pilih hari lain tu tak tau nak kata la..
maybe dorang tak nak clash dengan majlis yang akan bersusun orang rebut tak pon tarikh musim cuti sekolah ni tak cantik cam 10.11.12 lepas.. #agakje~ :3 (tapi 121212 kan ada)ermmm pape je la


mengikut sejarah aku memula dapat kad jemputan kawen adalah time praktikal kat proton..
rasa macam esaited plak 1st time dapat kad kawen..slalu mak ngan ayah je dapat..hahaha
tapi sayang tak dapat memenuhi jemputan tu sebab aku sorang je gegirl dalam ofis..maybe geng-geng ofis tu pon segan nak ajak aku..kalau dorang ajak pon konfem la tak ikot..segan kot sorang-sorang
eh lupa lak..pernah gak dapat satu time matrik..cikgu kimia bagi..tapi bukan specially untuk aku la..untuk satu kelas..cikgu bagi kat aku pon sebab aku dok taiping..so dia wakilkan aku je la..last2 tak dapat pegi gak..huhu

and now 2012..tahun yang paling banyak dapat jemputan..kad kawen sana-sini..belom masuk yang bagi invitation kat fb..memang melambak baqhang!!
kalau fb ni tak wujud konfem la kad kawen penuh seguni aku dapat.. :)
walaupun beza beberapa tahun je..tapi aku dapat rasa yang diri ini semakin tua..huhu..semua kawan-kawan dah ramai bertukar status..status aku??hanya Allah je yang tahu :)

anyway, tahniah buat kawan-kawan yang akan/telah melangsungkan perkahwinan/pertunangan
especially my BFF!
semoga semua urusan kamu berjalan lancar ye..
*tak sabar*tak sabar*tak sabar* (versi lisa surihani #IstanbulAkuDatang )

p/s: just stop asking me 'when would be my day?' i don't ever know!

Thursday, November 8, 2012

nak cantik kononnya

assalamualaikum

"beautiful is pain" atau bahasa lainnya..nak cantik memang menyakitkan
sejak sambung master ni, berat badan naik mendadak. kalau dulu nak naik 2-3 kilo pon bertahun nak merasa.
'orang lain sibuk nak kurus, aku nak gemuk plak kan'..tu la manusia.
bukan pe..kurus sangat pon tak cantik jugakkan..nak-nak lagi bila orang dok tanya berat..pastu mula la nak komen "laaa 30++ je berat ko..bleh main baling-baling je ni" haish! "baling la kalau boleh" balas aku tapi monolog dalaman je la..secara tak sengaja nafsu makan memuncak dek kerana nak sangat gemukkan..akhirnya berat yang aku idamkan tercapai dengan jayanya
TAPI!
hah dah tapi plak..ni lagi 1 manusia tak bersyukur..huhu
yang tak bestnya..berat dah cantik, tapi bukan berat isi, tapi berat lemak yang berkumpul kat perut yang membuatkan perut aku membuncit!sangatlah huduh ok..tempat lain maintain je cam dulu..stress aku tengok perot sendiri
paling memalukan bila ada sorang student aku tanya "miss pregnant ke?" 
nak marah pon ada..dah sah-sah ko panggil aku 'miss', tetiba pregnant plak..adoiiiii
lepas pada tu, macam-macam exercise aku cari nak bagi perut kempis..fuu~memang super susah nak kempis..exercise la katekan, bila rajin je la aku buat..tapi nak jumpa masa rajin tu tak tau tahun bila la nak datang..pernah rasa nak beli korset, tapi terpikir-pikir dengan harganya..aku simpan je la hasrat tu..
tetiba rezeki Allah nak bagi, boleh plak aku terjumpa korset baru yang belum dipakai kat rumah masa sibuk dok mengemas..rupa-rupanya korset tu mak dah beli lama and size dia agak kecik sikit..so, kakak-kakak aku tak muat nak pakai..pe lagi, laju je aku try..yey!elok muat-muat. fuu~*jimat duit*kikiki
semangat gila, hari-hari rasa nak pakai..
tapi yang 'pain'nya adalah semasa proses pemakaian korset tersebut..(hambik ko ayat skema seketoi) terseksa jiwa raga nak sarungkan kat badan..sampai datang-kadang boleh jadi dilema nak pakai ke tak menatam ni..tapi bila dah pakai ok je..
huuu~harap-harap perut kempisku kembali semula..wuhu!
:)