Wednesday, November 21, 2012

kad kawen

..assalamualaikum..
jom layan vid matlutfi90 ni jap!

ok, tanda-tanda cuti sekolah adalah bila kita dapat banyak sangat undangan kenduri kawen.
benda ni dah sinonim sangat dah sejak zaman dulu kala lagi. memang cuti sekolah lah masa pasangan yang  nak berumah tangga akan aim untuk melangsungkan majlis dorang.
yang pilih hari lain tu tak tau nak kata la..
maybe dorang tak nak clash dengan majlis yang akan bersusun orang rebut tak pon tarikh musim cuti sekolah ni tak cantik cam 10.11.12 lepas.. #agakje~ :3 (tapi 121212 kan ada)ermmm pape je la


mengikut sejarah aku memula dapat kad jemputan kawen adalah time praktikal kat proton..
rasa macam esaited plak 1st time dapat kad kawen..slalu mak ngan ayah je dapat..hahaha
tapi sayang tak dapat memenuhi jemputan tu sebab aku sorang je gegirl dalam ofis..maybe geng-geng ofis tu pon segan nak ajak aku..kalau dorang ajak pon konfem la tak ikot..segan kot sorang-sorang
eh lupa lak..pernah gak dapat satu time matrik..cikgu kimia bagi..tapi bukan specially untuk aku la..untuk satu kelas..cikgu bagi kat aku pon sebab aku dok taiping..so dia wakilkan aku je la..last2 tak dapat pegi gak..huhu

and now 2012..tahun yang paling banyak dapat jemputan..kad kawen sana-sini..belom masuk yang bagi invitation kat fb..memang melambak baqhang!!
kalau fb ni tak wujud konfem la kad kawen penuh seguni aku dapat.. :)
walaupun beza beberapa tahun je..tapi aku dapat rasa yang diri ini semakin tua..huhu..semua kawan-kawan dah ramai bertukar status..status aku??hanya Allah je yang tahu :)

anyway, tahniah buat kawan-kawan yang akan/telah melangsungkan perkahwinan/pertunangan
especially my BFF!
semoga semua urusan kamu berjalan lancar ye..
*tak sabar*tak sabar*tak sabar* (versi lisa surihani #IstanbulAkuDatang )

p/s: just stop asking me 'when would be my day?' i don't ever know!

Thursday, November 8, 2012

nak cantik kononnya

assalamualaikum

"beautiful is pain" atau bahasa lainnya..nak cantik memang menyakitkan
sejak sambung master ni, berat badan naik mendadak. kalau dulu nak naik 2-3 kilo pon bertahun nak merasa.
'orang lain sibuk nak kurus, aku nak gemuk plak kan'..tu la manusia.
bukan pe..kurus sangat pon tak cantik jugakkan..nak-nak lagi bila orang dok tanya berat..pastu mula la nak komen "laaa 30++ je berat ko..bleh main baling-baling je ni" haish! "baling la kalau boleh" balas aku tapi monolog dalaman je la..secara tak sengaja nafsu makan memuncak dek kerana nak sangat gemukkan..akhirnya berat yang aku idamkan tercapai dengan jayanya
TAPI!
hah dah tapi plak..ni lagi 1 manusia tak bersyukur..huhu
yang tak bestnya..berat dah cantik, tapi bukan berat isi, tapi berat lemak yang berkumpul kat perut yang membuatkan perut aku membuncit!sangatlah huduh ok..tempat lain maintain je cam dulu..stress aku tengok perot sendiri
paling memalukan bila ada sorang student aku tanya "miss pregnant ke?" 
nak marah pon ada..dah sah-sah ko panggil aku 'miss', tetiba pregnant plak..adoiiiii
lepas pada tu, macam-macam exercise aku cari nak bagi perut kempis..fuu~memang super susah nak kempis..exercise la katekan, bila rajin je la aku buat..tapi nak jumpa masa rajin tu tak tau tahun bila la nak datang..pernah rasa nak beli korset, tapi terpikir-pikir dengan harganya..aku simpan je la hasrat tu..
tetiba rezeki Allah nak bagi, boleh plak aku terjumpa korset baru yang belum dipakai kat rumah masa sibuk dok mengemas..rupa-rupanya korset tu mak dah beli lama and size dia agak kecik sikit..so, kakak-kakak aku tak muat nak pakai..pe lagi, laju je aku try..yey!elok muat-muat. fuu~*jimat duit*kikiki
semangat gila, hari-hari rasa nak pakai..
tapi yang 'pain'nya adalah semasa proses pemakaian korset tersebut..(hambik ko ayat skema seketoi) terseksa jiwa raga nak sarungkan kat badan..sampai datang-kadang boleh jadi dilema nak pakai ke tak menatam ni..tapi bila dah pakai ok je..
huuu~harap-harap perut kempisku kembali semula..wuhu!
:)

Thursday, July 19, 2012

komitmen

assalamualaikum

sejak 7/7/2012 maka bermula la hidup aku yang akan menanggung satu komitmen baru. dalam kepala hotak ni macam-macam pikir..bese la orang pompuan. pemikiran yang complicated. maka dengan ini kena sedia mental dan fizikal nak menanggung.

semoga Allah permudahkan jalan.
rezeki semua kurniaan Allah

harap nanti tak disalah guna.


Friday, July 13, 2012

paranoid ke?

aku jadi takut kuar rumah sorang-sorang lepas kes ni
aish macam-macam jenayah zaman sekarang ni

so langkah berhati-hati aku buat time nak kuar rumah tadi..aku kuarkan sume bank card (walaupon bank card tak de duit pon ^^)
duit-duit yang sayang nak tukar (kot-kot nak jalan obersi ^^) 

just bawak ic and duit secukupnya..
kuar rumah baca pape yang patut and langkah kanan..

sepanjang perjalanan maacam-macam aku bayangkan..kemungkinan2 jenayah yang akan berlaku depan mata and cara nak menyelamatkan diri.

time balik rumah plak, masuk je rumah abis satu rumah aku check. blakang pintu, dalam almari, area mesin basuh, and toilet.
nasib bek rumah kecik je. 

Alhamdulillah perjalanan pi and balik kedai beli sabun tadi selamat :)

#takutnya cam kuar beli emas plak..lol



Raya

assalamualaikum..

lagi seminggu nak menyambut ramadan..cepatnya..rasa baru masuk taun baru..huhu

lepas konferens rabu lepas aku jadi malas gila. barang-barang bertambun tak kemas, baju tak basuh/tak lipat..memang tak terurus la..bab makan je jaga! (padan muncit!)
so, pepagi ni aku jadi lemaih dengan sepah-sepah ni.

kemas punya kemas terjumpa ni ...

duit raya taun lepas!!!!..(ya memang aku dapat duit raya lagi di usia ini..mungkin mereka pikir aku masih kanak-kanak ribena ┐('⌣'┐) (┌'⌣')┌


Wednesday, July 11, 2012

panas baran


amboi garangnyaa..
aku rasa la time baby dulu aku lahir-lahir muka garang camni kot. hurmm..

Isnin lepas mak, adik and kakak mai putrajaya sebab nak meraikan si kakak aku yang dah berjaya tamat kpli dengan jayanya. alang-alang dah menapak kat situ, mereka skali la jumpa anak/kakak/adik mereka yang kunun-kunun cumil ni..awww..time tu plak aku elok de kat sunway piramid.
mmg tempat feberet si adik tu la yang suka jenjalan dalam mall.
keadaan time tu masih terkawal lagi..elok dok bergelak ketawa..
then tiba time nk solat, aku ngan mak pi solat dulu..si kakak Allah bagi cuti..hehe
so kami bagi beg masing-masing kat dia mintak tolong jaga.
abis je solat, keluar surau
aku: ehh mana dibah?? ish dah la henfon duit sume dalam beg. camna nak cari dia ni.(si adik tak tau dah pi mana). *tunggu luar surau 5min*
#time ni darah dah nek sampai dada#
then cari kat toilet, tak de..then pusing-pusing sampai burger king, tak de..#darah nek smpai hidung#
aku: mak jom la blik hotel, pinjam henpon kawan tepon dorang..tak kan nak pusing 1sunway ni?
mak: jom pegi surau blik, mana tau dorang cari kita kat situ.
tengah duduk-duduk sambil mulut membebel, datang si adik berlari-lari kat kitorang, otomatik darah nek sampai kepala. aku mengamuk cam orang gila kat dia. kalau orang tengok konfem kte aku gila.
adik bawak jumpa si kakak dok sedap melantak burger king..lagi kuat aku mengamuk kat dia. mana taknya orang dah pening kepala nak mencari dia, dia dengan muka selamber tak de rasa bersalah dok melantak. memang hangin satu badan la

hurmm bila pikir balik, Ya Allah malunya perangai macam ni. kesian kat diorang yang semangat datang jumpa aku, tapi aku sembur dorang plak. ishh

hadoi camne la nak hilangkan panas baran ni T_T

Monday, April 16, 2012

Jeles ke?

uhuk..uhuk..uhukkk
amboi habuk doploh inci dah ni..
berzaman tak hapdet..gile kau..taun 2012 tak de cite langsung..
bawak-bawak la deactivate blog teros..tak de orang nak singgah pon...bla..bla...bla..
pemalas..bla..bla..bla..ada hati blog-blog bagai..bla..bla..bla
(sesi membebel untuk diri sendiri..(-,-'')

setelah berzaman-zaman tinggalkan blog ni..and tetiba de sorang kawan den mention rindu kat i punya blog yang dah hampir terkubur ni..
dengan kata-kata tu tetiba dapat inspirasi nak menulis (tulis ke??)

OK back to the title..JELES ke?
dalam erti kata lain cemburu,iri hati, dan sebagainya lah..

dah menjadi lumrah manusia memang akan rasa kurang berpuas hati bila tengok kelebihan yang ada pada orang lain. aku terutamanya yang ada perasaan tu..asal de orang lebih sikit mesti nak jeles..jeles tengok kawan-kawan yang dah kawen, lagi jeles bila dah ada anak..jeles tengok orang holiday sana-sini, jeles tengok orang shopping itu-ini, jeles dengan orang rajin study,jeles dengan orang pegi konferens dua-tiga kali, jeles bila orang dah siap buat paper..huhu banyak sangat sampai tak larat taip (jeles orang yang bleh taip laju-laju!!)arghhh
susah sebenarnya nak hilang perasaan ni. Satu-satunya cara adalah dengan bersabar, reda dan berdoa. And yang paling penting kena la usaha..jeles je tak tentu pasal tak kan bawak aku pegi konferens, siapkan paper, tulis thesis bagai ni..hummp!

ini aku share potongan ayat dari Al-Quran yang aku jumpa sebagai doa untuk meningkatkan kesabaran. Dari Surah Al-A'raf ayat 126.
Bismillahirrahmannirrahim

رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَتَوَفَّنَا مُسْلِمِينَ

Maksudnya:
Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan matikanlah kami dalam keadaan muslim (berserah diri kepada-Mu)

sesungguhnya telah tertulis segala jodoh, rezeki untuk setiap manusia..

#bersiap sedia esok akan jadi cam orang gila buat keja sebab 2hari cuti tak buat keja langsung..huaaaa
k bye..tdo ZzZZZzzzz...