Thursday, November 8, 2012

nak cantik kononnya

assalamualaikum

"beautiful is pain" atau bahasa lainnya..nak cantik memang menyakitkan
sejak sambung master ni, berat badan naik mendadak. kalau dulu nak naik 2-3 kilo pon bertahun nak merasa.
'orang lain sibuk nak kurus, aku nak gemuk plak kan'..tu la manusia.
bukan pe..kurus sangat pon tak cantik jugakkan..nak-nak lagi bila orang dok tanya berat..pastu mula la nak komen "laaa 30++ je berat ko..bleh main baling-baling je ni" haish! "baling la kalau boleh" balas aku tapi monolog dalaman je la..secara tak sengaja nafsu makan memuncak dek kerana nak sangat gemukkan..akhirnya berat yang aku idamkan tercapai dengan jayanya
TAPI!
hah dah tapi plak..ni lagi 1 manusia tak bersyukur..huhu
yang tak bestnya..berat dah cantik, tapi bukan berat isi, tapi berat lemak yang berkumpul kat perut yang membuatkan perut aku membuncit!sangatlah huduh ok..tempat lain maintain je cam dulu..stress aku tengok perot sendiri
paling memalukan bila ada sorang student aku tanya "miss pregnant ke?" 
nak marah pon ada..dah sah-sah ko panggil aku 'miss', tetiba pregnant plak..adoiiiii
lepas pada tu, macam-macam exercise aku cari nak bagi perut kempis..fuu~memang super susah nak kempis..exercise la katekan, bila rajin je la aku buat..tapi nak jumpa masa rajin tu tak tau tahun bila la nak datang..pernah rasa nak beli korset, tapi terpikir-pikir dengan harganya..aku simpan je la hasrat tu..
tetiba rezeki Allah nak bagi, boleh plak aku terjumpa korset baru yang belum dipakai kat rumah masa sibuk dok mengemas..rupa-rupanya korset tu mak dah beli lama and size dia agak kecik sikit..so, kakak-kakak aku tak muat nak pakai..pe lagi, laju je aku try..yey!elok muat-muat. fuu~*jimat duit*kikiki
semangat gila, hari-hari rasa nak pakai..
tapi yang 'pain'nya adalah semasa proses pemakaian korset tersebut..(hambik ko ayat skema seketoi) terseksa jiwa raga nak sarungkan kat badan..sampai datang-kadang boleh jadi dilema nak pakai ke tak menatam ni..tapi bila dah pakai ok je..
huuu~harap-harap perut kempisku kembali semula..wuhu!
:)

0 comments:

Post a Comment

komen