Saturday, August 31, 2013

Budak Ticik Pregnant!!

Assalamualaikum

yey alhamdulillah..hari ni dapat melepaskan rindu bersama budak ticik (Syazwani & Johana)
the mastermind, Puan Johana yang pantas menyusun jadual meeting..bagus budak ticik ni..awal-awal pagi dah mesej suruh siap..hehe
 disebabkan 'Roberto' masuk hospital so terpaksa la budak ticik Jo jemput saya dirumah..nampak tak kegigihan beliau..lebih kurang tengah hari kita bergerak ke selayang dengan mengharapkan direction dari tab Jo..tapi malangnya bateri kong la pulokk..tetiba mampus..maka mampus juga la kutu kami berdua nak memikirkan jalan ke selayang ni.. Alhamdulillah berkat ajaran budak ticik Syazwani..sampai juga (dgn bantuan 'hero' beliau) hikhik..bese la hot lady macam kami kurang ingat direction..hewhew..

Sampai rumah>jemput Wani>Lunch>balik rumah Wani>Solat>Pulang

masa bersama dipenuhi dengan borak-borak hal pregnancy..ouch I pon masuk skali kan..
At least pandai dah sikit bab-bab pregnancy ni..cewahh..gittew~

Lebih kurang pukul 4, saya and Puan Jo pulang ke sarang..memandangkan nak mengelak dari jem dan kedua-dua puan kena balik awal siapkan rumah sebab mak mertua nak datang..camtu rupanya gaya nak nyambut mak mertua..sama macam iklan febrez pulok..hehe


Mummy Comel Overdos!!
Melepak di rumah my adik manis Syazwani

Actually, original plan sepatutnya bersama Puan Seri Masitah..tapi puan seri sibuk ada tetamu..makanya tak dapat join..tak pe puan seri.. next kita jmpa lepas Syazwani sudah bersalin pulak ye..Insya Allah..


"Don't cry because it's over, smile because it happened."- Dr. Seuss

*miss you already*

Tuesday, August 20, 2013

Syawal Blues

Assalamualaikum

Selamat Hari Raya..hari ni dah masuk 13 Syawal..syawal 2013 ni bertimbun-timbun wedding invitation dan tak semua dapat pegi..macam-macam halangan..untuk yang tak dapat pegi tu maaf la ye..buat sahabat-sahabat..selamat mendirikan rumah tangga..

Dan untuk sekian kalinya soalan yang sama orang ajukan kat aku 
"kak yang bila pulak?"
"mira punya turn bila pulak...jangan lambat-lambat..rugi"

urghh..

Please~lambat ke cepat Allah je yang tau :') 
Untuk yang tak sabar-sabar nak tengok aku naik pelamin..mohon doakan ye..

Sunday, June 9, 2013

::Krabi Part II::

Assalamualaikum..

ok dah banyak giloss merepek meraban kat entry lepas..so, untuk entry ni kita layan gambar je la..hehe (mood pemalas activated!)

Hari kedua di krabi kami dibawa oleh our tour guide for island hopping..mengikut pakej kami pergi 4 pulau..termasuk snorkeling skali..apa lagi masing-masing teruja abis la..pegi island hopping ni tak payah susah-susah bawak barang ke tuala ke..makan pon disediakan..just bawak diri je..

kami punya pakej biasa je dan murah..ada satu lagi pakej ke Phi-phi island..Phi-phi ni memang seriusly lebih cantik dan makanan pulak lunch buffet..kitorang dapat nasi bungkus je..dan si Phi-phi ni mahal sikit lah..
Insya Allah kalau ada rezeki pegi Krabi, aku target pegi Phi-phi island pulak..hehe (berangan)

sambil menunggu van untuk bawak kami ke pantai 

 ok dah dalam van..budak cilik Zara jadi model jap

pantai krabi..nampak cam biasa je kan..tunggu~

 deretan bot ready for island hopping!



 semangat giloss naik bot..duduk depan teros..

  excited..tak sedar kang bot melompat..elok bot speed..masing-masing gayat..dah macam naik roller coster pon ada

 bot lompat melompat bermula!

pulau-pulau kat krabi memang cantik sangat..air yang sangat jernih ditambah pulak dengan pasir yang putih dan lembut..seriusly tak menyesal punya sampai krabi ni

overly excited!

 pose ayu-ayu sikit

 minah senget ni pon tak mau kalah pose dia..:p

 mak dan adik 

 chicken island!

 snorkeling time! ikan-ikan sangat comel dan mesra

 kegumbiraan ditengah laut..

 pose sebelum naik bot untuk ke next island



dah penat bermandi-manda sambil tunggu lunch..melepak dulu sambil buat istana pasir bersama Iman Zara..
bukan zara yang main..aunty zara yang lebih-lebih main..zara sibuk nak makan pasir..

 jeles betul tengok gambar ni..kenapa aku tak pose kat sini..kenapa?kenapa? kena datang krabi lagi la jawabnya camni..hehe


Nota kaki: sebenarnya kami terperangkap dengan pakej perlancongan dengan kawan kepada kawan kak long ni..mula-mula fikir, just ikot diorang je..rupa-rupanya ada pakej plak..mula-mula ok la dah terperangkapkan, redha je la..tapi makin hari makin serabut plak dengan si tour guide ni..semua naik sakit hati dah dengan dia..keje nak mencekik darah je..So, untuk nasihat..eloklah pegi sendiri je lepas ni..tak payah nak pakai pekej-pakej bagai..dekat tepi pantai tu melambak orang buat hopping island..boleh pilih mana yang suka dan kemungkinan boleh dapat lebih murah kalau pandai tawar-menawar..

Saturday, June 8, 2013

::Krabi Part I::

Assalamualaikun..

berbalik kepada cerita buat passport..makanya holiday luar negara la kita..hehe :)
sebenarnya aku tak tau sangat pon apa yang best sangat kat krabi ni..tak sempat google pon..yang aku bayangkan pastinya pantai yang cantik je la..lagipun aku malas nak google sangat takut nanti tengok macam menarik gila..bila sampai sana jadi indah kabar dari rupa plak kan..so, aku mengambil tindakan supaya berangan sikit-sikit je..(boleh camtu??hahaha)

percutian ke krabi ni percutian mengejut je..tak plan sangat pon..hanya mengikut kata kak long, kami cuma follow kawan kepada kawan kak long je..kitorang bergerak ke krabi dengan kereta je..jimat bila pergi ramai-ramai..

kami mulakan perjalanan dalam pukul 4.30 pagi dari rumah..kemudian berkumpul dengan ahli konvoi yang lain kat macam-macam hentian..last hentian sebelum masuk thailand kitorang berenti dekat satu tempat (tak ingat nama dia) untuk ambik insuran kereta..kereta yang nak masuk thailand kena ambik insuran dulu tau..selepas selesai semua insuran dan kumpulkan orang sumua, kami pon bergerak ke bukit kayu hitam (nak masuk thailand dah time ni)..

sampai malaysia border, passport kena serahkan kat kaunter..diorang just check je sebelum kita keluar border..tak berapa jauh dari malaysia border, kita ke thailand border..kat sini je kita bleh tengok perbezaan malaysia dan thailand..serabut sikit..wayar berselirat atas kepala..dekat border ni plak kita kena bagi passport dan kad arrival yang telah diisi..selepas selesai kami terus mulakan perjalanan ke krabi..3'4 kali jugak la aku tido tapi tak sampai-sampai jugak..huhu

sampai tengah hari dalam lebih kurang pukul 2 kami berenti makan..seriusly makanan kat thailand ni sedap giloss..tomyam kaw-kaw pedas ditambah dengan kerabu mangga yang superb, sambal belacan, sayur campur, sotong masak dengan petai..perghh meleleh giloss makan..pedasss!!

Siap makan and solat..kami teruskan perjalanan terus ke krabi..sampai krabi dah petang dah..dalam pukul 5 petang sampai sana..penat jagan cakap la..dapat kunci hotel, terus lari masuk dan baring..woahhh~malam plak kitorang keluar makan steamboat plak..tapi tak best..flaming lagi menarik..haha

then, balik bilik dan berehat..mak, kak long, dibah and kak malina keluar mengurut..diorang cakap memang best giloss mengurut kat sana..tapi aku tak de hati sangat mengurut-ngurut ni..nanti dah tua sikit kot baru ada hati..hehe (perasan muda)..so aku habiskan satu hari ni dengan tengok tv and makan..lalala
kak long and mak bersiap sedia nak pegi mengurut

hotel kami :) White Sand Krabi Resort

permandangan luar bilik

lagi view dari luar bilik..hujung jalan ni terus sampai ke pantai!




Friday, June 7, 2013

::Passport punya cerita::

Assalamualaikum..

Lama rasanya tak bercuti dengan family. Tiba-iba disuatu petang dapat mesej whatsapp dari kak long..

Kak long: mak, kak long, dibah ngan ecah nak pi krabi..nak ikot tak
aku: nakk! (mesti la nak..jawapan yang tak perlukan masa untuk berfikir..hehe)
kak long: passport hang idop lagi ka??kalo dah mampui kena renew cepat.

lepas dah bagi jawapan kat kak long baru la start nak berfikir..lahh baru aku ingat yang minggu depan dah abis cuti. so kelas akan ada seperti biasa..ahh sudah sapa plak yang nak mengganti kelas ni..dengan claim belom buat lagi..

Dengan otak jahat ini aku mencari mangsa yang berpotensi membantu aku..hehehehe *evil laugh*.
Mangsanya tak lain tak bukan housemate la..yey! selesai satu masalah

dalam dok bergumbira sambil berangan bercuti, ada satu masalah belom selesai..RENEW PASSPORT! Ni yang leceh ni..dah la sorang-sorang. harusla mati kutu menunggu passport siap. jadi aku bermalas-malasan la nak buat benda tu, disamping aku malas nak mengadap gomen kaunter yang kebanyakannya kurang mesra dan minda aku yang terpengaruh iklan yang kununnya passport bleh siap dalam 1jam..hewhew..

Maka tercipta la kisah seminggu kelam-kabut aku dalam nak menyiapkan passport ni..

Isnin: bergumbira bersama saudara-mara sambil layan Furious 6..dalam hati masih yakin yang aku mampu selesaikan masalah passport ni sebelum ke krabi (Ahad 2 Jun 2013). Asal plan nak ke cameron tapi cancel sebab bangun lambat..hehe
Selasa: plan balik shah alam awal sebab nak service kereta..cancel jugak sebab 'abang' epoi bawak lari kereta pergi jumpa cik tunang..haish
Rabu: ok hari ni baru nekad kena selesaikan jugak passport ni..tapi aku pergi petang sebab pagi kelam-kabut edit paper untuk seminar..fuuuhh..dalam kol 2 aku gerak dari uitm and sampai kat tempat imegresen yang terletak dekat PKNS lebih kurang kol 2.30..so aku terkocoh-kocoh pergi ambik gambar sebab mengikut blog mana ntah aku baca, tak boleh recycle guna gambar yang sama untuk passport baru. 5min je pon gambar siap. then terus ke pejabat imegresen.

terkojut mak! tengok orang penuh gila kat sini, dah macam ada sale besar-besaran plak..tanpa melengahkan masa aku terus ke kaunter pertanyaan and bagitau yang aku nak renew passport..tetiba mak cik kaunter dengan muka selamber cakap dekat aku camni "Nombor dah abis, datang esok pukul 7.30 pagi"
OH MANN!!
Gila apa! aku ingat imegresen ni macam bank, pukol 4.30 pon bleh ambik nombor lagi, rupanya dia ada kuota plak..cinabeng! dan-dan jantung berdebar-debar..esok ada seminar pagi sampai malam pulok..ok takpe,jumaat ada

Then jumaat yang tenang pon tiba..bangun and bersiap lemah gemalai sebab rasa macam awal sangat plak 7.30 kan..sapa la nak datang awal-awal..ofis bukan bukan lagi pon..so pukul 8.00 aku siap and 8.30 sampai pejabat imegresen..OH MANN!

aku terkojut beruk skali lagi..kali ni jantung dah macam nak jatuh..orang beratur sampai ke luar nak ambik nombor..argghhh sudah!dalam hati bukan main la doa macam-macam..
dalam lebih kurang 15-20 min beratur sampai turn aku..so aku bagi la segala benda yang dia nak (borang,passport lama, gambar)..tanpa segan silu aku tanya pak cik kaunter yang muka garang nak mampus (kan aku dah cakap, gomen kaunter memang tak mesra) bila passport boleh siap? dengan muka yang muncung sedepa tu dia jawab "kutipan passport hari isnin" huaaaaa nak nangis rasa lepas dengar ayat pak cik tu..aku try lagi bertanya "hari ni tak boleh ke?" dia jawap "tak boleh, try call UTC tanya boleh dapat hari ni ke tak". terus aku ambik nombor UTC Sentul and call. Ada la dalam 10-15 kali call tak jawab..then aku call kak long cakap yang aku tak bleh dapat passport hari ni..camne kak long (sambil suara buat-buat sedih mintak simpati)

kak long terus suruh pegi balik ipoh, buat kat UTC ipoh..dia cakap kat KL and Shah Alam ramai sangat orang..lagipon UTC bukak sampai malam..Dalam kepala dah serabut dengan paper yang tak siap-siap lagi..Dalam pukul 9.30 balik rumah berlari-lari, masuk rumah terus tarik segala baju dengan pintu rumah terbuka..serius macam drama melayu yang heroin nak lari rumah..hehe..then pegi lab siapkan paper..edit sana sini makan sejam jugak la..siap je paper terus send, pastu siapkan borang-borang claim and cabut lari balik taiping..

tengah sibuk berlari turun tangga dari lab teringat sesuatu
*tepuk dahi*
lesen belom renew!wow dah la nak berjalan jauh ni..lari lagi pegi pos ofis plak..fuhh lega tak de orang beratur..aku pon cepat je "nak renew lesen" en pos ofis jawab "hari ni offline la dik..semua pos ofis offline..nak renew kena pegi jpj" *ketuk kepala kat dinding* ahh sudah..harus la penuh orang kat sana..
oleh itu aku nekad cabut je la dengan tak de lesennya..bawak cam orang gila..tepat pukul 1 sampai rumah andak..ambik kakak sedara untuk tunjukkan jalan ke UTC..sampai UTC dorang tutup pintu plak..time solat jumaat dia tutup da..tunggu depan pintu ada la dalam 20 min..orang pon semakin ramai melepek kat pintu ni..tepat 2.45 p.m pintu pon dibukak..kakak sedara aku suruh lari cepat takut ramai orang..
lari lagi terus masuk ofis imegresen..yeyy!!jadi orang pertama..alhamdulillah..
ambik nombor..pegi kaunter dan bagi gambar sekeping, passport lama dan kad pengenalan..untuk kepastian aku tanya akak kaunter..
aku: kak bila passport boleh siap
akak kaunter: jap ye akak tanya
beberapa saat kemudian
akak kaunter: ok pukul 5 boleh siap..
yeyey!!rasa nak melompat dalam ofis tu..

selesai bayar aku pegi jpj plak renew lesen..ramai jugak orang dalam ni..tapi ok la kejap je tunggu..dalam beberapa minit lesen siap direnew..kakak sedara ajak lepak library sambil menunggu passport siap..sambil tu anak dia pon bleh main..tak de la dia buat perangai..jalan-jalan nak ke library ternampak kedai buku..ohh baru teringat baucer buku belom abis guna..last day plak tu (31 Mei 2013) so, masuk dalam tu tarik je buku..ok selesai lagi 1 masalah..kemudian hanya lepak library menunggu pukul 5..

 buku yang berjaya menjadi hak milik aku

tepat je pukul 5, pegi imegresen ambik passport dan cabut balik taiping dengan hati penuh berbunga sebab dapat selesaikan semua misi dengan jayanya..Alhamdulillah

SIAPPP!!!

Moral of the story: jangan tunggu sampai last minit!






Monday, April 8, 2013

Meeting with para isteri

..::bismillah..alhamdulillah::..

tajuk entry dah macam wakil rakyat pulak la kite..keke..
weekend terindah tercipta..jumpa sahabat-sahabat yang bergelar isteri..rindu betul..puan eta last jumpa bulan puasa lepas..puan wani dan puan jo jumpa time kenduri mereka..cepat betul masa berlalu..rasa masing-masing baru je kawen..berseri-seri muka para isteri..(muka kita je yang berjerawat & berkilat..hewhewhew)


p/s: maaf la isteri-isteri kalau-kalau terdiam sekejap..tak dapat nak menyampuk cerita..menimba pengalaman anda je la gamaknye..hehe..jumpa lagi next meeting! miss u ols~ :)


::Seniorita::

..assalamualaikum..

sebelum menyebuk-nyibuk kat belon panas..aku pergi LCCT hantar senior balik sarawak..sudah ke penghujung jalan dah pengajian dia..seronoknya..tahniah akak-akak..doakan saya menyusul pulak ye :)

dua sahabat sejati..sunyi dah takde teman nak kacau bila datang lab T.T

semoga ketemu lagi ye kak freda :)