Saturday, June 8, 2013

::Krabi Part I::

Assalamualaikun..

berbalik kepada cerita buat passport..makanya holiday luar negara la kita..hehe :)
sebenarnya aku tak tau sangat pon apa yang best sangat kat krabi ni..tak sempat google pon..yang aku bayangkan pastinya pantai yang cantik je la..lagipun aku malas nak google sangat takut nanti tengok macam menarik gila..bila sampai sana jadi indah kabar dari rupa plak kan..so, aku mengambil tindakan supaya berangan sikit-sikit je..(boleh camtu??hahaha)

percutian ke krabi ni percutian mengejut je..tak plan sangat pon..hanya mengikut kata kak long, kami cuma follow kawan kepada kawan kak long je..kitorang bergerak ke krabi dengan kereta je..jimat bila pergi ramai-ramai..

kami mulakan perjalanan dalam pukul 4.30 pagi dari rumah..kemudian berkumpul dengan ahli konvoi yang lain kat macam-macam hentian..last hentian sebelum masuk thailand kitorang berenti dekat satu tempat (tak ingat nama dia) untuk ambik insuran kereta..kereta yang nak masuk thailand kena ambik insuran dulu tau..selepas selesai semua insuran dan kumpulkan orang sumua, kami pon bergerak ke bukit kayu hitam (nak masuk thailand dah time ni)..

sampai malaysia border, passport kena serahkan kat kaunter..diorang just check je sebelum kita keluar border..tak berapa jauh dari malaysia border, kita ke thailand border..kat sini je kita bleh tengok perbezaan malaysia dan thailand..serabut sikit..wayar berselirat atas kepala..dekat border ni plak kita kena bagi passport dan kad arrival yang telah diisi..selepas selesai kami terus mulakan perjalanan ke krabi..3'4 kali jugak la aku tido tapi tak sampai-sampai jugak..huhu

sampai tengah hari dalam lebih kurang pukul 2 kami berenti makan..seriusly makanan kat thailand ni sedap giloss..tomyam kaw-kaw pedas ditambah dengan kerabu mangga yang superb, sambal belacan, sayur campur, sotong masak dengan petai..perghh meleleh giloss makan..pedasss!!

Siap makan and solat..kami teruskan perjalanan terus ke krabi..sampai krabi dah petang dah..dalam pukul 5 petang sampai sana..penat jagan cakap la..dapat kunci hotel, terus lari masuk dan baring..woahhh~malam plak kitorang keluar makan steamboat plak..tapi tak best..flaming lagi menarik..haha

then, balik bilik dan berehat..mak, kak long, dibah and kak malina keluar mengurut..diorang cakap memang best giloss mengurut kat sana..tapi aku tak de hati sangat mengurut-ngurut ni..nanti dah tua sikit kot baru ada hati..hehe (perasan muda)..so aku habiskan satu hari ni dengan tengok tv and makan..lalala
kak long and mak bersiap sedia nak pegi mengurut

hotel kami :) White Sand Krabi Resort

permandangan luar bilik

lagi view dari luar bilik..hujung jalan ni terus sampai ke pantai!




0 comments:

Post a Comment

komen