Friday, June 7, 2013

::Passport punya cerita::

Assalamualaikum..

Lama rasanya tak bercuti dengan family. Tiba-iba disuatu petang dapat mesej whatsapp dari kak long..

Kak long: mak, kak long, dibah ngan ecah nak pi krabi..nak ikot tak
aku: nakk! (mesti la nak..jawapan yang tak perlukan masa untuk berfikir..hehe)
kak long: passport hang idop lagi ka??kalo dah mampui kena renew cepat.

lepas dah bagi jawapan kat kak long baru la start nak berfikir..lahh baru aku ingat yang minggu depan dah abis cuti. so kelas akan ada seperti biasa..ahh sudah sapa plak yang nak mengganti kelas ni..dengan claim belom buat lagi..

Dengan otak jahat ini aku mencari mangsa yang berpotensi membantu aku..hehehehe *evil laugh*.
Mangsanya tak lain tak bukan housemate la..yey! selesai satu masalah

dalam dok bergumbira sambil berangan bercuti, ada satu masalah belom selesai..RENEW PASSPORT! Ni yang leceh ni..dah la sorang-sorang. harusla mati kutu menunggu passport siap. jadi aku bermalas-malasan la nak buat benda tu, disamping aku malas nak mengadap gomen kaunter yang kebanyakannya kurang mesra dan minda aku yang terpengaruh iklan yang kununnya passport bleh siap dalam 1jam..hewhew..

Maka tercipta la kisah seminggu kelam-kabut aku dalam nak menyiapkan passport ni..

Isnin: bergumbira bersama saudara-mara sambil layan Furious 6..dalam hati masih yakin yang aku mampu selesaikan masalah passport ni sebelum ke krabi (Ahad 2 Jun 2013). Asal plan nak ke cameron tapi cancel sebab bangun lambat..hehe
Selasa: plan balik shah alam awal sebab nak service kereta..cancel jugak sebab 'abang' epoi bawak lari kereta pergi jumpa cik tunang..haish
Rabu: ok hari ni baru nekad kena selesaikan jugak passport ni..tapi aku pergi petang sebab pagi kelam-kabut edit paper untuk seminar..fuuuhh..dalam kol 2 aku gerak dari uitm and sampai kat tempat imegresen yang terletak dekat PKNS lebih kurang kol 2.30..so aku terkocoh-kocoh pergi ambik gambar sebab mengikut blog mana ntah aku baca, tak boleh recycle guna gambar yang sama untuk passport baru. 5min je pon gambar siap. then terus ke pejabat imegresen.

terkojut mak! tengok orang penuh gila kat sini, dah macam ada sale besar-besaran plak..tanpa melengahkan masa aku terus ke kaunter pertanyaan and bagitau yang aku nak renew passport..tetiba mak cik kaunter dengan muka selamber cakap dekat aku camni "Nombor dah abis, datang esok pukul 7.30 pagi"
OH MANN!!
Gila apa! aku ingat imegresen ni macam bank, pukol 4.30 pon bleh ambik nombor lagi, rupanya dia ada kuota plak..cinabeng! dan-dan jantung berdebar-debar..esok ada seminar pagi sampai malam pulok..ok takpe,jumaat ada

Then jumaat yang tenang pon tiba..bangun and bersiap lemah gemalai sebab rasa macam awal sangat plak 7.30 kan..sapa la nak datang awal-awal..ofis bukan bukan lagi pon..so pukul 8.00 aku siap and 8.30 sampai pejabat imegresen..OH MANN!

aku terkojut beruk skali lagi..kali ni jantung dah macam nak jatuh..orang beratur sampai ke luar nak ambik nombor..argghhh sudah!dalam hati bukan main la doa macam-macam..
dalam lebih kurang 15-20 min beratur sampai turn aku..so aku bagi la segala benda yang dia nak (borang,passport lama, gambar)..tanpa segan silu aku tanya pak cik kaunter yang muka garang nak mampus (kan aku dah cakap, gomen kaunter memang tak mesra) bila passport boleh siap? dengan muka yang muncung sedepa tu dia jawab "kutipan passport hari isnin" huaaaaa nak nangis rasa lepas dengar ayat pak cik tu..aku try lagi bertanya "hari ni tak boleh ke?" dia jawap "tak boleh, try call UTC tanya boleh dapat hari ni ke tak". terus aku ambik nombor UTC Sentul and call. Ada la dalam 10-15 kali call tak jawab..then aku call kak long cakap yang aku tak bleh dapat passport hari ni..camne kak long (sambil suara buat-buat sedih mintak simpati)

kak long terus suruh pegi balik ipoh, buat kat UTC ipoh..dia cakap kat KL and Shah Alam ramai sangat orang..lagipon UTC bukak sampai malam..Dalam kepala dah serabut dengan paper yang tak siap-siap lagi..Dalam pukul 9.30 balik rumah berlari-lari, masuk rumah terus tarik segala baju dengan pintu rumah terbuka..serius macam drama melayu yang heroin nak lari rumah..hehe..then pegi lab siapkan paper..edit sana sini makan sejam jugak la..siap je paper terus send, pastu siapkan borang-borang claim and cabut lari balik taiping..

tengah sibuk berlari turun tangga dari lab teringat sesuatu
*tepuk dahi*
lesen belom renew!wow dah la nak berjalan jauh ni..lari lagi pegi pos ofis plak..fuhh lega tak de orang beratur..aku pon cepat je "nak renew lesen" en pos ofis jawab "hari ni offline la dik..semua pos ofis offline..nak renew kena pegi jpj" *ketuk kepala kat dinding* ahh sudah..harus la penuh orang kat sana..
oleh itu aku nekad cabut je la dengan tak de lesennya..bawak cam orang gila..tepat pukul 1 sampai rumah andak..ambik kakak sedara untuk tunjukkan jalan ke UTC..sampai UTC dorang tutup pintu plak..time solat jumaat dia tutup da..tunggu depan pintu ada la dalam 20 min..orang pon semakin ramai melepek kat pintu ni..tepat 2.45 p.m pintu pon dibukak..kakak sedara aku suruh lari cepat takut ramai orang..
lari lagi terus masuk ofis imegresen..yeyy!!jadi orang pertama..alhamdulillah..
ambik nombor..pegi kaunter dan bagi gambar sekeping, passport lama dan kad pengenalan..untuk kepastian aku tanya akak kaunter..
aku: kak bila passport boleh siap
akak kaunter: jap ye akak tanya
beberapa saat kemudian
akak kaunter: ok pukul 5 boleh siap..
yeyey!!rasa nak melompat dalam ofis tu..

selesai bayar aku pegi jpj plak renew lesen..ramai jugak orang dalam ni..tapi ok la kejap je tunggu..dalam beberapa minit lesen siap direnew..kakak sedara ajak lepak library sambil menunggu passport siap..sambil tu anak dia pon bleh main..tak de la dia buat perangai..jalan-jalan nak ke library ternampak kedai buku..ohh baru teringat baucer buku belom abis guna..last day plak tu (31 Mei 2013) so, masuk dalam tu tarik je buku..ok selesai lagi 1 masalah..kemudian hanya lepak library menunggu pukul 5..

 buku yang berjaya menjadi hak milik aku

tepat je pukul 5, pegi imegresen ambik passport dan cabut balik taiping dengan hati penuh berbunga sebab dapat selesaikan semua misi dengan jayanya..Alhamdulillah

SIAPPP!!!

Moral of the story: jangan tunggu sampai last minit!






0 comments:

Post a Comment

komen