Friday, March 29, 2013

Si Jam!

..assalamualaikum..

Si Jam adalah harta peliharaan aku yang aku paling sayang nak buang..melainkan memang langsung tak boleh diselamatkan..jadi aku buang jugak lah dengan hati yang amat berat sekali..hoho
bukan ape..Si Jam ni kalau sakit bukan la teruk sangat..setakat jantung terhenti (bateri) tak pun tangan patah (tali putus) je..(macam ganas plak ceritanya ) .
semua tu boleh dibawak berubat lagi...hehe
ni antara pesakit-pesakit si jam aku yang dah di masukkan dalam bilik kuarantin..kehkeh
pesakit pertama Si Proton (hadiah zaman praktikal training) dan pesakit kedua Si Special (sebab kaki terlebih panjang sebelah)
pesakit-pesakit dalam senarai menunggu untuk pemindahan jantung!

ni dua pesakit yang dah dirawat..dari kiri Si Klasik (jam zaman sekolah,menurun dari kakak sulung, Yong) dan di sebelah kanan Si Polo (hasil titik peluh SKS)

sekian sahaja sesi perkenalan Si Jam saya!
Bye..bye~

ops! terlupa plak..tazkirah untuk hari ini
Demi Masa, sesungguhnya manusia kerugian
Mari menghargai masa 

Wednesday, March 27, 2013

Mari Belajar Peribahasa

..assalamualaikum..

okay murid-murid, hari ni kita nak belajar sikit bab peribahasa ya~
*ayat tak nak kalah kan* berangan jadi cikgu-cikgi la plak memalam buta ni kan..sebenarnya aku tak la pandai mana pon bab nak berperibahasa bagai ni..perlibahasa boleh la..*ops jangan ambik hati plak*
konon nak tunjuk hebat bahasa melayu pon tak jugak..BM SPM pon hancus~hewhewhew
tujuan sebenar cuma nak highlight something yang mungkin kita tak berapa nak sedar..tak pon mungkin aku sendiri je yang tak sedar sebenarnya.. Peribahasa dah berzaman-zaman dah wujud, dan tu contoh cara orang dulu-dulu nak nasihat kita..dan baru-baru ni aku sedar banyak peribahasa yang mengajar kita menjaga bahasa dalam perbualan. Contohnya..'kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa' 'terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya', 'lidah lebih tajam dari pedang', 'lidah tak bertulang' etc.  tu semua nak suruh kita jaga bahasa. jangan sampai disebabkan mulut, putus saudara (aku la tu)..huhu
Akhir kata, moh la kita saling menjaga tutur kata. Kalau rasa tak tau nak cakap apa..elok la diam je.dari sakitkan hati orang kan..Renung-renungkan.


Pesanan buat diriku yang mudah lupa :)

Monday, March 25, 2013

::Malang tidak berbau::

..assalamualaikum..

Isnin (25 Mac 2013) maka tercipta la sejarah aku ditimpa kemalangannnnn~wuwu(T_T)
mungkin salah aku, mungkin jugak penunggang moto tu..tapi dah nak buat camne..memang dah takdir aku bertembung dengan dia...ketaq tangan teruih..Ya Allah..serius tak tau nak buat apa..blank!
Alhamdulillah sume selamat..cuma kaki laki tu je luka sikit and moto dia '??'..kesiannya..aku tak tau pe jadi kat moto dia sebenarnya..tak paham pon dia cakap..yang pasti aku nampak lampu depan dia dah tertanggal..hoho
Nasib baik bukan sorang-sorang masa tu..tak dapat bayangkan la kalau sorang-sorang..Nauzubillah
yang menyedihkan sekarang ni si 'Baby purple' dah semakin buruk..kuantiti calar dah meningkat..
kesian awak kan..nanti kita ada rezeki lebih sikit kita ubatkan luka awak ye~wuwu

moral of the story:
1) pastikan anda berada di lorong yang betul
2) tengok moto betul-betul..hati-hati bila nampak moto dekat-dekat
3) baca doa!
4) pandulah dengan berhemah

:')

Saturday, March 23, 2013

Jodoh

assalamualaikum

lama tak bercerita..hari ni kuar dua entry teroih..hohoho..petanda tu petanda.. (^_^)v
ok bila dah start cerita pasal jodoh ni..mesti yang membaca sekarang ni ingat aku dah nak kawen kan..
bawak bersabar..bawak bersabar semua
jodoh aku belum sampai lagi.. :)
aku redha..jodoh kan rahsia Allah..lagipun banyak lagi benda yang aku perlu habiskan dan perbaiki dalam hidup aku ni..yang terang-terang aku kena habiskan belajar dulu..cari duit bagi mak ayah merasa duit hasil titik peluh aku..jadi anak dan hamba Allah yang soleh :)
untuk kawan-kawan yang sibuk bertanya bila aku nak ada boyfriend dan untuk saudara-mara yang bertanya bila nak kawen? dengan jujur tulus ikhlas dari lubuk hati aku..aku tak tahu bila masa itu akan datang..sesungguhnya Allah Maha Mengetahui

untuk yang ambil berat pasal aku..terima kasih banyak-banyak..hanya Allah dapat membalas jasa kalian

p/s: harap-harap jangan la bertanya lagi ye..doakan lagi thor-baek~ :)
souvenir untuk sekian kalinya dari Korea dari Dr Chan..
bila nak sampai sana!


Belon Panaih

~assalamualaikum~

sedang bersenang-lenang blog-walking dihujung minggu..terlihat lah daku akan blog bercerita pasal belon panaih putrajaya (Putrajaya Hot Air Ballon). Teringat zaman muda-mudi..teringin gila nak tengok si belon panaih ni..bayangkan je la kecomelan dia terapung-apung kt langit dengan warna-warni bercampur dengan bentuk yang cute gilos baq hang..atau dengan kata lain "jakun" sebenarnya..hewhew (-,-")

1st time pergi festival ni memang jakun nak mampus la..baru masuk kawasan putrajaya, dah nampak si belon panaih dari jauh..kecik je dari jauh..dalam keta dah macam beruk kena belacan dah terkinja-kinja..ambik gambar banyak gila ar..memang syok abis..puas hati gila..dah macam budak-budak dapat mainan pon ada.. :) senyum lebar sampai malam

toodia muka suci memasing..
yeyeye sampai 
Putrajaya Hot Air Ballon 2011

setahun kemudian terpengaruh jugak untuk pergi kali kedua..kann nampak sangat macam budak-budak..pegi skali tak puas..huhu kesiannya kat diri sendiri..dan untuk kali keduanya..tak naik pon belon panaih tu..tengok je pon..

bergambar kat kedai tudung..
Putrajaya Hot Air Ballon 2012


gambar kecik sikit..curi fb cik emy! kekeke

untuk kali kedua pegi sana, dah mula rasa bosan sikit..benda yang sama..belon tak banyak sangat pon..nak naik pon tak berkesempatan..panaih lak tu..balik rumah dengan busuk peluh dan barang-barang mengarut yang dibeli..huhu

Untuk tahun ni..aku rasa tak perlu lah pergi lagi..tapi kalau ditakdirkan aku pergi jugak..harap-harap bermakna sikit la.. 

untuk yang belum sampai.. Selamat bersuka ria di sana :)


Thursday, March 14, 2013

::V.I.V.A::

..assalamualaikum..

alhamdulillah sahabat terchenta dah slamat menghadapi viva and lulus
tahniah..tahniah..
bila la agaknya masa aku ye?
cepat la amirah oi..orang lain pakat-pakat nak abis dah...huhu

#orang buat master sampai kurus-kurus study..aku??lagi 'gedumpam' ada la
(-,-")

Tuesday, March 5, 2013

buntu!

..assalamualaikum..

setelah lama blog ni mati..semakin kebuntuan nak menyambung kisah di sini

mencik!