..assalamualaikum..
okay murid-murid, hari ni kita nak belajar sikit bab peribahasa ya~
*ayat tak nak kalah kan* berangan jadi cikgu-cikgi la plak memalam buta ni kan..sebenarnya aku tak la pandai mana pon bab nak berperibahasa bagai ni..perlibahasa boleh la..*ops jangan ambik hati plak*
konon nak tunjuk hebat bahasa melayu pon tak jugak..BM SPM pon hancus~hewhewhew
tujuan sebenar cuma nak highlight something yang mungkin kita tak berapa nak sedar..tak pon mungkin aku sendiri je yang tak sedar sebenarnya.. Peribahasa dah berzaman-zaman dah wujud, dan tu contoh cara orang dulu-dulu nak nasihat kita..dan baru-baru ni aku sedar banyak peribahasa yang mengajar kita menjaga bahasa dalam perbualan. Contohnya..'kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa' 'terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya', 'lidah lebih tajam dari pedang', 'lidah tak bertulang' etc. tu semua nak suruh kita jaga bahasa. jangan sampai disebabkan mulut, putus saudara (aku la tu)..huhu
Akhir kata, moh la kita saling menjaga tutur kata. Kalau rasa tak tau nak cakap apa..elok la diam je.dari sakitkan hati orang kan..Renung-renungkan.
Pesanan buat diriku yang mudah lupa :)
0 comments:
Post a Comment
komen