Saturday, June 8, 2013

::Krabi Part I::

Assalamualaikun..

berbalik kepada cerita buat passport..makanya holiday luar negara la kita..hehe :)
sebenarnya aku tak tau sangat pon apa yang best sangat kat krabi ni..tak sempat google pon..yang aku bayangkan pastinya pantai yang cantik je la..lagipun aku malas nak google sangat takut nanti tengok macam menarik gila..bila sampai sana jadi indah kabar dari rupa plak kan..so, aku mengambil tindakan supaya berangan sikit-sikit je..(boleh camtu??hahaha)

percutian ke krabi ni percutian mengejut je..tak plan sangat pon..hanya mengikut kata kak long, kami cuma follow kawan kepada kawan kak long je..kitorang bergerak ke krabi dengan kereta je..jimat bila pergi ramai-ramai..

kami mulakan perjalanan dalam pukul 4.30 pagi dari rumah..kemudian berkumpul dengan ahli konvoi yang lain kat macam-macam hentian..last hentian sebelum masuk thailand kitorang berenti dekat satu tempat (tak ingat nama dia) untuk ambik insuran kereta..kereta yang nak masuk thailand kena ambik insuran dulu tau..selepas selesai semua insuran dan kumpulkan orang sumua, kami pon bergerak ke bukit kayu hitam (nak masuk thailand dah time ni)..

sampai malaysia border, passport kena serahkan kat kaunter..diorang just check je sebelum kita keluar border..tak berapa jauh dari malaysia border, kita ke thailand border..kat sini je kita bleh tengok perbezaan malaysia dan thailand..serabut sikit..wayar berselirat atas kepala..dekat border ni plak kita kena bagi passport dan kad arrival yang telah diisi..selepas selesai kami terus mulakan perjalanan ke krabi..3'4 kali jugak la aku tido tapi tak sampai-sampai jugak..huhu

sampai tengah hari dalam lebih kurang pukul 2 kami berenti makan..seriusly makanan kat thailand ni sedap giloss..tomyam kaw-kaw pedas ditambah dengan kerabu mangga yang superb, sambal belacan, sayur campur, sotong masak dengan petai..perghh meleleh giloss makan..pedasss!!

Siap makan and solat..kami teruskan perjalanan terus ke krabi..sampai krabi dah petang dah..dalam pukul 5 petang sampai sana..penat jagan cakap la..dapat kunci hotel, terus lari masuk dan baring..woahhh~malam plak kitorang keluar makan steamboat plak..tapi tak best..flaming lagi menarik..haha

then, balik bilik dan berehat..mak, kak long, dibah and kak malina keluar mengurut..diorang cakap memang best giloss mengurut kat sana..tapi aku tak de hati sangat mengurut-ngurut ni..nanti dah tua sikit kot baru ada hati..hehe (perasan muda)..so aku habiskan satu hari ni dengan tengok tv and makan..lalala
kak long and mak bersiap sedia nak pegi mengurut

hotel kami :) White Sand Krabi Resort

permandangan luar bilik

lagi view dari luar bilik..hujung jalan ni terus sampai ke pantai!




Friday, June 7, 2013

::Passport punya cerita::

Assalamualaikum..

Lama rasanya tak bercuti dengan family. Tiba-iba disuatu petang dapat mesej whatsapp dari kak long..

Kak long: mak, kak long, dibah ngan ecah nak pi krabi..nak ikot tak
aku: nakk! (mesti la nak..jawapan yang tak perlukan masa untuk berfikir..hehe)
kak long: passport hang idop lagi ka??kalo dah mampui kena renew cepat.

lepas dah bagi jawapan kat kak long baru la start nak berfikir..lahh baru aku ingat yang minggu depan dah abis cuti. so kelas akan ada seperti biasa..ahh sudah sapa plak yang nak mengganti kelas ni..dengan claim belom buat lagi..

Dengan otak jahat ini aku mencari mangsa yang berpotensi membantu aku..hehehehe *evil laugh*.
Mangsanya tak lain tak bukan housemate la..yey! selesai satu masalah

dalam dok bergumbira sambil berangan bercuti, ada satu masalah belom selesai..RENEW PASSPORT! Ni yang leceh ni..dah la sorang-sorang. harusla mati kutu menunggu passport siap. jadi aku bermalas-malasan la nak buat benda tu, disamping aku malas nak mengadap gomen kaunter yang kebanyakannya kurang mesra dan minda aku yang terpengaruh iklan yang kununnya passport bleh siap dalam 1jam..hewhew..

Maka tercipta la kisah seminggu kelam-kabut aku dalam nak menyiapkan passport ni..

Isnin: bergumbira bersama saudara-mara sambil layan Furious 6..dalam hati masih yakin yang aku mampu selesaikan masalah passport ni sebelum ke krabi (Ahad 2 Jun 2013). Asal plan nak ke cameron tapi cancel sebab bangun lambat..hehe
Selasa: plan balik shah alam awal sebab nak service kereta..cancel jugak sebab 'abang' epoi bawak lari kereta pergi jumpa cik tunang..haish
Rabu: ok hari ni baru nekad kena selesaikan jugak passport ni..tapi aku pergi petang sebab pagi kelam-kabut edit paper untuk seminar..fuuuhh..dalam kol 2 aku gerak dari uitm and sampai kat tempat imegresen yang terletak dekat PKNS lebih kurang kol 2.30..so aku terkocoh-kocoh pergi ambik gambar sebab mengikut blog mana ntah aku baca, tak boleh recycle guna gambar yang sama untuk passport baru. 5min je pon gambar siap. then terus ke pejabat imegresen.

terkojut mak! tengok orang penuh gila kat sini, dah macam ada sale besar-besaran plak..tanpa melengahkan masa aku terus ke kaunter pertanyaan and bagitau yang aku nak renew passport..tetiba mak cik kaunter dengan muka selamber cakap dekat aku camni "Nombor dah abis, datang esok pukul 7.30 pagi"
OH MANN!!
Gila apa! aku ingat imegresen ni macam bank, pukol 4.30 pon bleh ambik nombor lagi, rupanya dia ada kuota plak..cinabeng! dan-dan jantung berdebar-debar..esok ada seminar pagi sampai malam pulok..ok takpe,jumaat ada

Then jumaat yang tenang pon tiba..bangun and bersiap lemah gemalai sebab rasa macam awal sangat plak 7.30 kan..sapa la nak datang awal-awal..ofis bukan bukan lagi pon..so pukul 8.00 aku siap and 8.30 sampai pejabat imegresen..OH MANN!

aku terkojut beruk skali lagi..kali ni jantung dah macam nak jatuh..orang beratur sampai ke luar nak ambik nombor..argghhh sudah!dalam hati bukan main la doa macam-macam..
dalam lebih kurang 15-20 min beratur sampai turn aku..so aku bagi la segala benda yang dia nak (borang,passport lama, gambar)..tanpa segan silu aku tanya pak cik kaunter yang muka garang nak mampus (kan aku dah cakap, gomen kaunter memang tak mesra) bila passport boleh siap? dengan muka yang muncung sedepa tu dia jawab "kutipan passport hari isnin" huaaaaa nak nangis rasa lepas dengar ayat pak cik tu..aku try lagi bertanya "hari ni tak boleh ke?" dia jawap "tak boleh, try call UTC tanya boleh dapat hari ni ke tak". terus aku ambik nombor UTC Sentul and call. Ada la dalam 10-15 kali call tak jawab..then aku call kak long cakap yang aku tak bleh dapat passport hari ni..camne kak long (sambil suara buat-buat sedih mintak simpati)

kak long terus suruh pegi balik ipoh, buat kat UTC ipoh..dia cakap kat KL and Shah Alam ramai sangat orang..lagipon UTC bukak sampai malam..Dalam kepala dah serabut dengan paper yang tak siap-siap lagi..Dalam pukul 9.30 balik rumah berlari-lari, masuk rumah terus tarik segala baju dengan pintu rumah terbuka..serius macam drama melayu yang heroin nak lari rumah..hehe..then pegi lab siapkan paper..edit sana sini makan sejam jugak la..siap je paper terus send, pastu siapkan borang-borang claim and cabut lari balik taiping..

tengah sibuk berlari turun tangga dari lab teringat sesuatu
*tepuk dahi*
lesen belom renew!wow dah la nak berjalan jauh ni..lari lagi pegi pos ofis plak..fuhh lega tak de orang beratur..aku pon cepat je "nak renew lesen" en pos ofis jawab "hari ni offline la dik..semua pos ofis offline..nak renew kena pegi jpj" *ketuk kepala kat dinding* ahh sudah..harus la penuh orang kat sana..
oleh itu aku nekad cabut je la dengan tak de lesennya..bawak cam orang gila..tepat pukul 1 sampai rumah andak..ambik kakak sedara untuk tunjukkan jalan ke UTC..sampai UTC dorang tutup pintu plak..time solat jumaat dia tutup da..tunggu depan pintu ada la dalam 20 min..orang pon semakin ramai melepek kat pintu ni..tepat 2.45 p.m pintu pon dibukak..kakak sedara aku suruh lari cepat takut ramai orang..
lari lagi terus masuk ofis imegresen..yeyy!!jadi orang pertama..alhamdulillah..
ambik nombor..pegi kaunter dan bagi gambar sekeping, passport lama dan kad pengenalan..untuk kepastian aku tanya akak kaunter..
aku: kak bila passport boleh siap
akak kaunter: jap ye akak tanya
beberapa saat kemudian
akak kaunter: ok pukul 5 boleh siap..
yeyey!!rasa nak melompat dalam ofis tu..

selesai bayar aku pegi jpj plak renew lesen..ramai jugak orang dalam ni..tapi ok la kejap je tunggu..dalam beberapa minit lesen siap direnew..kakak sedara ajak lepak library sambil menunggu passport siap..sambil tu anak dia pon bleh main..tak de la dia buat perangai..jalan-jalan nak ke library ternampak kedai buku..ohh baru teringat baucer buku belom abis guna..last day plak tu (31 Mei 2013) so, masuk dalam tu tarik je buku..ok selesai lagi 1 masalah..kemudian hanya lepak library menunggu pukul 5..

 buku yang berjaya menjadi hak milik aku

tepat je pukul 5, pegi imegresen ambik passport dan cabut balik taiping dengan hati penuh berbunga sebab dapat selesaikan semua misi dengan jayanya..Alhamdulillah

SIAPPP!!!

Moral of the story: jangan tunggu sampai last minit!






Monday, April 8, 2013

Meeting with para isteri

..::bismillah..alhamdulillah::..

tajuk entry dah macam wakil rakyat pulak la kite..keke..
weekend terindah tercipta..jumpa sahabat-sahabat yang bergelar isteri..rindu betul..puan eta last jumpa bulan puasa lepas..puan wani dan puan jo jumpa time kenduri mereka..cepat betul masa berlalu..rasa masing-masing baru je kawen..berseri-seri muka para isteri..(muka kita je yang berjerawat & berkilat..hewhewhew)


p/s: maaf la isteri-isteri kalau-kalau terdiam sekejap..tak dapat nak menyampuk cerita..menimba pengalaman anda je la gamaknye..hehe..jumpa lagi next meeting! miss u ols~ :)


::Seniorita::

..assalamualaikum..

sebelum menyebuk-nyibuk kat belon panas..aku pergi LCCT hantar senior balik sarawak..sudah ke penghujung jalan dah pengajian dia..seronoknya..tahniah akak-akak..doakan saya menyusul pulak ye :)

dua sahabat sejati..sunyi dah takde teman nak kacau bila datang lab T.T

semoga ketemu lagi ye kak freda :)


::Belon again n again::


..assalamualaikum..

kikiki..malu pulak kite..last entry berlagak konon tak mau dah pergi belon panas tu..hambek kau, tahun ni sampai dua hari menapak kat situ..hewhewhew~

Al-kisahnya kak long la ni..beria-ria sangat nak pergi tengok belon..tapi sampai shah alam dah pukul 3 petang..berangan pulak nak naik..mimpi sangat la kalau dapat naik kan..pastu 'abang' epoi pulak nak join sekaki..dah kena ambik dia kat teluk peanglima garang..kat situ je dah dekat pukul 5..pastu pecut macam orang gila sebab dah lambat sangat...masuk je area putrajaya,tetiba hujan lebat..terus terbantut tengok belon..so,kitorang singgah solat masjid besi..cantiknyaaa..serius!first time sampai sana..huhu..

kak long! *sori berkilat plak*
#curifb epoi :)


elok lepas solat kuar je masjid, hujan dah reda..tercapai impian kak long nak tengok belon.
belon-belon pon sibuk nak naik..mungkin time dorang naik dah lari sebab hujan tadi, so banyak la belon pakat-pakat nak lain time tu. orang yang datang jangan cakap la..lautan manusia!








gambar kat bawah ni plak belon-belon yang baru nak naik pagi ahad..time ni 1st time dapat beratur sebab datang awal..budak Jamal nekad nak naik katanya.7 pagi dah sampai sana..tapi sayang, beratur baru separuh jalan, tiket dah abis!huhu..terus blah pergi breakfast...sebabnya semua kat situ sama je dengan tahun-tahun lepas..sampai rumah..sambung tidoo ZZzzz


 #curifb emy!
 #curifb emy!
 #curifb emy!

next year??kena pergi lagi ke??maybe sampai dah dapat naik..baru berenti usaha ni kot..kehkehkeh

p/s: gambar-gambar original dari aku tak edit, tak letak water mark..semua tak..tu tandanya malas tahap dewa..malas nak lengah-lengah post..hahaha


Friday, March 29, 2013

Si Jam!

..assalamualaikum..

Si Jam adalah harta peliharaan aku yang aku paling sayang nak buang..melainkan memang langsung tak boleh diselamatkan..jadi aku buang jugak lah dengan hati yang amat berat sekali..hoho
bukan ape..Si Jam ni kalau sakit bukan la teruk sangat..setakat jantung terhenti (bateri) tak pun tangan patah (tali putus) je..(macam ganas plak ceritanya ) .
semua tu boleh dibawak berubat lagi...hehe
ni antara pesakit-pesakit si jam aku yang dah di masukkan dalam bilik kuarantin..kehkeh
pesakit pertama Si Proton (hadiah zaman praktikal training) dan pesakit kedua Si Special (sebab kaki terlebih panjang sebelah)
pesakit-pesakit dalam senarai menunggu untuk pemindahan jantung!

ni dua pesakit yang dah dirawat..dari kiri Si Klasik (jam zaman sekolah,menurun dari kakak sulung, Yong) dan di sebelah kanan Si Polo (hasil titik peluh SKS)

sekian sahaja sesi perkenalan Si Jam saya!
Bye..bye~

ops! terlupa plak..tazkirah untuk hari ini
Demi Masa, sesungguhnya manusia kerugian
Mari menghargai masa 

Wednesday, March 27, 2013

Mari Belajar Peribahasa

..assalamualaikum..

okay murid-murid, hari ni kita nak belajar sikit bab peribahasa ya~
*ayat tak nak kalah kan* berangan jadi cikgu-cikgi la plak memalam buta ni kan..sebenarnya aku tak la pandai mana pon bab nak berperibahasa bagai ni..perlibahasa boleh la..*ops jangan ambik hati plak*
konon nak tunjuk hebat bahasa melayu pon tak jugak..BM SPM pon hancus~hewhewhew
tujuan sebenar cuma nak highlight something yang mungkin kita tak berapa nak sedar..tak pon mungkin aku sendiri je yang tak sedar sebenarnya.. Peribahasa dah berzaman-zaman dah wujud, dan tu contoh cara orang dulu-dulu nak nasihat kita..dan baru-baru ni aku sedar banyak peribahasa yang mengajar kita menjaga bahasa dalam perbualan. Contohnya..'kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa' 'terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya', 'lidah lebih tajam dari pedang', 'lidah tak bertulang' etc.  tu semua nak suruh kita jaga bahasa. jangan sampai disebabkan mulut, putus saudara (aku la tu)..huhu
Akhir kata, moh la kita saling menjaga tutur kata. Kalau rasa tak tau nak cakap apa..elok la diam je.dari sakitkan hati orang kan..Renung-renungkan.


Pesanan buat diriku yang mudah lupa :)