..assalamualaikum..
Si Jam adalah harta peliharaan aku yang aku paling sayang nak buang..melainkan memang langsung tak boleh diselamatkan..jadi aku buang jugak lah dengan hati yang amat berat sekali..hoho
bukan ape..Si Jam ni kalau sakit bukan la teruk sangat..setakat jantung terhenti (bateri) tak pun tangan patah (tali putus) je..(macam ganas plak ceritanya ) .
semua tu boleh dibawak berubat lagi...hehe
ni antara pesakit-pesakit si jam aku yang dah di masukkan dalam bilik kuarantin..kehkeh
pesakit pertama Si Proton (hadiah zaman praktikal training) dan pesakit kedua Si Special (sebab kaki terlebih panjang sebelah)
pesakit-pesakit dalam senarai menunggu untuk pemindahan jantung!
ni dua pesakit yang dah dirawat..dari kiri Si Klasik (jam zaman sekolah,menurun dari kakak sulung, Yong) dan di sebelah kanan Si Polo (hasil titik peluh SKS)
sekian sahaja sesi perkenalan Si Jam saya!
Bye..bye~
ops! terlupa plak..tazkirah untuk hari ini
Demi Masa, sesungguhnya manusia kerugian
Mari menghargai masa
2 comments:
Hahahahah tak boleh comel lagi ke??!!
-sy kawan kamuu, syazwani-
dah abis comel dh ni..cukup comel x??hehe..xcukup nnt kte tmbah (serupa comel itu sejenis nasi)keke
Post a Comment
komen